BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, December 28, 2011

Iman Stock Price

Firstly, Ummi nak ucap tahniah kpda diri senirik kerana berjaya membuat lepat pisang yang best..kihkihkih..ok abaikan..

Secondly, tahu tak ni apa?



إن الإيمان يزيد وينقص، يزيد بالطاعات، وينقص بالمعاصي


This is the stock price of ING Groep since 2004 until today. So kita boleh tengok yang stock price ni can naik turun due to many reasons. Macam tu la jugak iman kita. Kadang2 iman kita naik kadang2 iman kita turun.

Ummi rasa iman Ummi sekarang macam waktu financial crisis pada tahun 2008 where stock price jatuh menjunam less than $10 per share..Ummi harap ummi tabah menghadapi ujian Tuhan kali ni.

Syaitan suka sangat bila kita lemah. Waktu ni la die tak kan tinggal kita. Bak kata orang, iman lemah ni punca segala musibah sebab kita senang nak buat dosa bila kita lemah. Maka perlulah dirawat iman itu dengan Al-Quran, zikrullah, banyakkan amal,  berkawan dengan orang2 soleh dan sebagainya.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.[17:82]

Nampaknya Ummi kena amik cuti study 2,3, 4,5 hari ni. Cannot go la perasaan camni.Ummi nak belajar masak2 sambil buat apa yang patut.  


Iman, mana kamu pergi.....

Wahai hati, la tahzan, Innallaha ya'rif. Innallaha yuhibbuki.

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
[6:59]




يا الله، أريد قلب جديد 

0 comments: