BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, June 28, 2012

Tentang adat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Ebtesam pernah bercerita pada Ummi tentang upacara perkahwinan di Arab Saudi.
Di sana, hanya orang yang membawa kad jemputan dibenarkan masuk.
Kebanyakan bride dari kelas atasan memakai gown putih di hari perkahwinan.
Kadang2, orang kelas atasan hanya menjemput rakan2 dari kelas atasan
Dan sebagainya, yang Ummi rasa hairan.

Begitu juga dengan masyarakat Melayu.
Ummi baru tahu yang walimah itu sunnahnya dilakukan pihak lelaki.
Ummi baru tahu yang kita tak boleh khususkan cincin
Ummi baru tahu jugak yang tak elok kita ucap kepada pengantin "Semoga berbahagia ke anak cucu" sebaliknya ucapkanlah "barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

Sebab sekarang sunnah dicemari adat.
Itu pasal lah jadi "Ummi baru tahu"



Sunday, June 17, 2012

...3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Baju cream sangat cantik.okebai.

Tuesday, June 12, 2012

Kerana Allah yang Maha Berkuasa

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 


Alkisah..

Hari ni Ummi nak cerita sikit pengalaman Ummi dekat Universiti. Nak dipendekkan cerita, dalam banyak-banyak kelas kat Universiti tu, ada satu kelas yang Ummi sangat-sangat tak perform. Honestly, Ummi pun tak tahu kenapa. Buat latihan dah selalu, jumpa lecturer pun selalu, mintak kawan ajar pun selalu.. dan sebagainyalah usaha Ummi. Tapi entah, nasib sering tak menyebelahi.

Setiap kali exam, mesti Ummi kecewa. Walaupun rasa macam boleh buat, tapi result mesti tak bagus jugak. Boleh dikatakan, everytime dapat result, I will cry. Ummi selalu tertanya, "Ya Allah, kenapa uji aku macam ni?"

Semester semakin berakhir. Carry marks Ummi tak banyak, kiranya kalau tak lepas kelas ni, Ummi tak boleh grad because few classes in my university hanya di offer pada semester tertentu. Ummi belajar sungguh-sungguh for final exam sebab Ummi fikir itu harapan terakhir Ummi.

And guess what? Yes, result final Ummi can't afford to pull my grade. US punya grading system agak tinggi compared to other countries. A die 93. C 76 for that class. Waktu tu, Ummi menangis dan solat. Ummi berdoa pada Allah " Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Engkau lebih Mengetahui dari aku. Aku redha dengan ketentuanMu kerana aku yakin, apa yang Engkau takdirkan, itulah yang terbaik untukku". Kemudian, Ummi pergi jumpa professor sambil membaca ayat 1000 dinar.

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

[Surah At-Talaq, ayat 2-3]

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Professor Ummi meminta Ummi buat satu program menggunakan VBA as an extra credit walaupun dia tak pernah kasi orang lain extra credit. Dan dia sendiri yang ajar Ummi buat program tersebut. Syukur Alhamdulilah, Ummi berjaya excel kelas tersebut dengan kuasa Allah.

Ummi terfikir, kadang-kadang mungkin sebab fikiran kita sangat limited, kita fikir hanya dengan usaha kita, kita akan dapat sesuatu. Seringkali kita lupa, yang paling berkuasa itu adalah Allah swt. Dia menjadikan yang tiada kepada ada, dan mentiadakan yang ada. Cumanya, kita kena yakin padaNya dan serahkan segalanya kepadaNya. Letakkan harapan kita pada Dia, bukan pada manusia. Ingat, Allah tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya. Dia cuma mahu kita belajar untuk bersabar dan ikhlas menerima ujianNya.

Sayang,
Yang memberi kita rezeki bukanlah kerja,
Tapi Allah.
Yang mendekatkan jodoh bukanlah ibu bapa, rumah, adat atau sebagainya,
Tapi Allah.
Berdoalah dan bersabarlah.
Sabar itu mungkin susah, tapi ada manisnya.
Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


*Bila Allah swt mahukan sesuatu berlaku, tidak ada yang bisa menghalangnya. Never lose hope in the mercy of Allah swt

Syukur atas setiap perkara.
Syukur kerana Allah temukan kita.



Sabar menunggu si jantung hati.

Sunday, June 10, 2012

Judgement

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Husnozhon, something easy to say, hard to do. 




Bidadari Syurga

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. 


Ummi nak kongsi hadis Ummi baca hari ni.


Sesungguhnya, orang-orang bertaqwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mataair-mataair. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal, (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah…dan kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli…” (Ad-Dukhan 51-54)

Diriwayatkan sebuah hadis oleh Imam Ath-Thabrani dari Ummu Salamah, bahwa Ummu Salamahradhiyallahu ’anha berkata, ”Ya Rasulallah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari bermata jeli.”

Beliau menjawab, ”Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu Salamah) berkata lagi, ”Jelaskan padaku Ya Rasulallah, tentang firmanNya:

Laksana mutiara yang tersimpan baik (Al-Waqi’ah: 23).”
Beliau menjawab, ”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia.”

Aku bertanya, ”Ya Rasulallah jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah :

Di dalam surga itu ada bidadari baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman: 70).”

Beliau menjawab, ”akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita.”

Aku bertanya lagi, ”Jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah :

Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik (Ash-Saffat : 49).”

Beliau menjawab, ”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terllindung dari kulit bagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi, ”Ya Rasulallah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah :

Penuh cinta lagi sebaya umurnya (Al-Waqi’ah : 37).”

Beliau menjawab, ”Mereka adalah yang meninggal dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya, ”Ya Rasulallah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Beliau menjawab,

”Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya, ”Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Beliau menjawab,

”Karena solat mereka, puasa, dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata,“kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami ridha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya”.”

Aku berkata, ”Ya Rasulallah, salah seorang di antara kami telah menikah dengan dua, tiga, atau empat laki-laki lalu meninggal dunia. Dia masuk surga dan mereka pun masuk surga. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di surga?”

Beliau menjawab, ”Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa di antara mereka yang baik akhlaqnya. Lalu dia berkata, ’Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka, nikahkanlah aku dengannya.’ Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.”

(Hadist Riwayat Ath-Thabrani)

...

Wanita solehah itu adalah yang sentiasa menjaga ibadah dan akhlaknya, sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, yang menjaga kehormatan diri dan suaminya, yang tatkala diuji oleh Allah, hanya kesabaran dan keikhlasan ditunjukkannya, yang di saat gemerlap yang dahsyat menerpa, dia tetap teguh mempertahankan keimanannya.

Well kids, we better be solehah, boleh jadi bidadari syurga yang lebih utama dari bidadari-bidadari lain.
Dan Ummi juga mahu jadi bidadari buat walid. InsyaAllah.

...

nite nite teddy. 



Saturday, June 9, 2012

How to smell a rat?

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


I've met Baba Ali once. Very funny guy, he is.






*Walaupun banyak cabaran syukurlah kita dah sampai ke tahap ni.Tapi... kenapa awak macam tak hepi? Hmmm.Takpelah.

Friday, June 8, 2012

Hadiah Ummi.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. 


Ummi ada hadiah, korang ada?
(muka bangga)



*Saya pun tahu awak baca ni. Doakan esok baik-baik saja =)