BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, May 30, 2012

Mars and Venus

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Good advice. =)




Khalas! = enough!
Musykilah = problem
Ta'al = come here


*If the husband is happy, only one person is happy, but if the wife is happy, the entire household is happy. Agree?

Monday, May 28, 2012

... 2

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Hmm.
Ada benda dalam dunia ni yang kita tak nak tahu.
Tapi ditakdirkan untuk tahu.
Dan kita tak punya pilihan.
Kecuali bersabar.


sedih.

Saturday, May 26, 2012

...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Hmm.
Masih ada jahiliah dalam hatiku.



*Hibernate jap. Nak bertapa.

Friday, May 25, 2012

A week

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Countdown.

People say 7 days is like a blink of an eye.





But I'm pretty sure they are lying.




Learning to be patient needs patience...



Allah knows what's in our hearts.

Always.



*Leaving for Illinois tomorrow.

Fi Amanillah

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Instant

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Suatu petang..

I: Pah, tepung cucur udang semalam kat mana?

P: Dah habis la Kak Iylia. Eh, dah grad pun nak pakai tepung instant lagi? Buat from scratch la.

I: Dah nama pun student US, memanglah masak cucur instant. Mana nak carik bahan2?

A: Aah, duduk US memanglah masak guna bahan instant. Ish Pah ni.

P: Belajar la buat yang tak instant. Nanti kawin suami cakap "Sayang, abang nak cucur" pastu  jawab
"Buat sendiri je bang, cucur instant."...."Sayang, abang nak anak", " Buat anak instant je bang"

I: Hoi!!! Pandai je budak ni. Haha. Anak tak lehla nak instant.

P: Habis tu dah nak instant je.

I: Yelah2. Kenapa kena tumbuk ikan bilis dulu ek, tak goreng terus je.

P: Supaya dia absorbed dalam cucur tu. Eh, Kak Iylia google ek? Kahkahkahkah!!!!

I: Heh!


*Asyik kena buli je hari ni. Hish.


Pengajaran:

1. Anak-anak, sila belajar masak dari kecik.
2. Jangan selalu cari kerja mudah.
3. Syukur Allah hantar datang US, dapat belajar masak selain dari ilmu universiti.
4. Belajar dan terus belajar. Tak pe tak pandai masak, because practice makes perfect. Yang penting ada usaha.
5. Tak semua benda boleh di-google sebenarnya. Hahaha





Ciri-ciri orang beriman: Surah Ali Imran [130-136]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. [3:130]

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. [3:131]

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. [3:132]

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; [3:133]

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; [3:134]

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).[3:135]

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.[3:136]



*orang yang beriman adalah orang yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang. You can do it Iylia!!! hohoho


Tuesday, May 22, 2012

Penn State Part 1

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Gambar grad.

Mc Kee Hall
North Hall
Bus stop depan library

The Arboretum
Recreation Hall




Tuesday, May 15, 2012

Nama-nama Allah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
So, apa kata kita berkenalan dengan Sang Pencipta.

Sila tengok video2 ini:
Amr Khaled-In Thy Name, we Live



*Manusia mungkin boleh hidup tanpa cinta manusia.
 Namun, tanpa cinta Allah, tiada hati yang bisa bahagia.


Saturday, May 12, 2012

Jalan-jalan

In the name of Allah, the Most Gracious, Most Merciful


*tak sempat nak menulis.nak letak pictures and videos je.















Thursday, May 3, 2012

Pelajaran hari ini

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.


Lalu pada hari itu, saya ceritakan perkara itu kepada ibu dan ibu segera memarahi saya, "Hal rumahtangga kamu, jangan ceritakan kepada orang lain, walaupun dengan ibu sendiri. Kamu sekarang adalah milik suami kamu."

Tersentak dengan itu saya berkata, "Ibu, saya bukan mahu ceritakan hal rumahtangga saya. Saya cuma mahu minta pandangan ibu, mengapa saya begitu? Adakah normal?"
Ibu tersenyum.


"Anakku, suatu hari ada sorang lelaki mahu mengadu kepada Saidinar Umar R.A berkenaan isterinya yang suka membebel padanya, tetapi sebaik sahaja melihat Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, lelaki itu membatalkan hasratnya dan terus pulang.

Ini kerana, semasa beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar, beliau terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel kepada Khalifah Islam itu. Sedangngkan khalifah pun sedang dibebel isterinya, apalah yang dia mampu tolong lagi?

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Lelaki tadi menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Jadi, adalah normal kita perempuan ini terkadang membebel, tetapi bukanlah bermakna hari-hari begitu. Sekiranya hari-hari, itu namanya perempuan sakit. Iyalah, kepada siapa lagi kita mahu mengadu selain kepada suami sendiri. Lagipula, kita perempuan ini, semarah mana pun kita, tetap sahaja kita sayang kepada suami.

"Jadi, adakah suami saya itu sebenarnya sedang mencontohi Saidina Umar?" soal saya segera, kerana hati saya menjadi sangat lapang mendengarnya.


"Ibu tidak tahu. Tetapi ibu tahu seperkara. Memang benar, Allah tidak memberikan kamu suami yang kaya, yang tinggi sekolahnya, yang kacak rupanya, tetapi Allah kurniakan kamu suami yang taat kepada-Nya dan ikhlas mengasihi kamu. Kerana taat dan ikhlasnya itu, Allah mudahkan dia dengan memudahkan hati kamu lembut dan hilang rajuk. Lembut hati kamu untuk ketawa dan lembut hati kamu untuk kembali ceria. Kamu sangat beruntung, kerana kamu juga mendapat tempiasnya. Ingatlah, keluarga yang gembira bermula dengan isteri yang gembira, dan kamu sudah memperolehnya."
Full article: Dik, Abang Pun Sayang


*Hanya orang yang bersyukur, yang nampak kelebihan di sebalik kekurangan. =)

Tuesday, May 1, 2012

Steamboat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Ummi ni sebenarnya...hmm sebenarnya Ummi..jeles la jugak tengok family orang datang...sobs sobs.. tapi tak pe lah..grad je..grad je kan.. naik pentas je..tak de pape pun..sobs..
Membebel pulak.

I remember few years ago, back in high school, waktu tu form 3, we had this graduation ceremony and parents came to sleepover the day before for a program I can't recall. Mom and dad didn't come that day and I don't remember why but I remember I was crying the whole night during the program and it was sooooooooooo embarrassing! Sigh.. I wish no one remember that day.

Well anyway, the best part of it was I got flowers the next day! Haha. And of course Mom and Dad had no idea about the incident if not they will feel guilty. But I learnt something. I can't always get what I want and if the parents refused to give you things, that doesn't mean they don't love you. Mom always make du'a and read Yassin for me, that is love. It doesn't need to be something you can see with your eyes.


Mr V masih rosak. Seperti tiada harapan =(
Cik Pink ni pengganti chentaku. Cewah


*nak makan steamboat. cepatlah balik!!!