BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, March 31, 2012

Speaking Test

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Yesterday Ummi ada Arabic Speaking Test.


"I will read this article 3 times. You are allowed to take notes and you will answer questions based on this article. Are you ready?"

Yes

"First reading.....bla bla bla"

"Second reading..bla bla bla"

"Third reading..bla bla bla"

"Ok. ready? 'An maza tatahaddas haza al-nas?"

Tanaqash haza al-nas 'an qadaya al-fusha wa al-ammiya. La yafhamuha al-fusha illa al-musaqafun wa al-ammiya, yafhamuha baina ammatu alnas walakin hiya takhtalif min har ila har, qatr ila qatr, jamaah ila jamaah fi al-madinah al wahidah. hunaka salasat tariqat lihalla haza al-qadaya. Tariqatul ula, nusyira wa ta'mim lughah min lughat al-aamiya 'an jami' bilad al-arabiyah. Tariqah as-sani, nusyira luhgah al-fusha fi qatr fi al-aqtar arabi wa salis, as-sayyara tariqah mutawassitah baina tariqah ula wa sani. Walakin, kulla tariqah hiya musykilah lianna al-ammiya takhtalif min qatr ila qatr wa hiya ghair muntaqiyah wa ghair amaliyah. Wa Al-fusha sa'bun jiddan!!!..bla bla bla bla.........


"Ok, you are good to go"

But, you don't ask me any question??

"You just summarized everything, I don't have a question to ask you. I'm so impressed because the text is sa'b and you did great"

Haha. Thanks

...

The test yesterday really made my day(not to mention a piece of cloth I bought turn out to be extremely beautiful!). But actually I already memorized the article. That's why I can speak fluently. Hahahaha! Thank you Allah for everything.

Ok kids, your Ummi is never a good speaker. Never! But I'm always lucky when it comes to interview and speaking test. I guess I can give you some tips I learnt from my experiences. I'm sure you will need it someday.

Tips.

  1. Be knowledgeable. I love to talk to people who have knowledge in a lot of things and I think most people do. Sometimes, if I don't know to answer something, I will relate the question to something I know and give my opinions on that topic. It always works! 
  2. Practice. Practice makes perfect. Always.
  3. Don't be afraid to ask. If I don't understand things, I'll ask. Because always, if I try to understand things on my own, I will jump to the conclusion.
  4. Confidence. Speak with confidence. Sometimes when I say something wrong to the interviewers and I know it is wrong, I will still hold to my points and find ways to make it realistic. After few arguments, and I don't have any ideas left, then I will agree with them. In an interview, it is not about right or wrong, it's about the way you think and the way you handle pressure. Keep in your mind, most of the time, being different(in a good way) always advantage you. (Tapi jangan pelik sangat). And don't be too normal.
  5. Personality. Smile...people love it when you smile. I don't know why but it always works! And don't look nervous, pretend it is a normal conversation, but in a formal way. And be honest!!!
  6. Ask permission from parents. I call home everyday..haha.(not manja ok). But if your parents blessed you, InsyaAllah things will be easier.  
  7. Du'a. Ask Allah swt for help. He definitely will help you. He always do!



That's all yang Ummi ingat sekarang.


Luv ya..

Friday, March 30, 2012

Peristiwa pagi tadi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




Assalamualaikum.. Ayuni!

"Waalaikumussalam...ermm sapa ni???"

Awak tak kenal saya??

"Errmmm,,,Tak??"

Nih awak hantar borang balik kat saya awak tak kenal saya??

"Erk..Encik Razak....hiiiii....sorry2..tak simpan no Encik Razak"

Betol ke ni nak balik tarikh ni. Nih airport kenapa letak ***.. Awak nak buat apa kat sana? Kenapa tak balik rumah terus? Sepatutnya awak letak AOS ke, PEN ke..

...


Ummi nak cakap En Razak ni caring. Tu je.

Sunday, March 25, 2012

Agama vs Adat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Suka ni. Tengok please! =)


Saturday, March 24, 2012

Hope

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.


‎''Saya tak berfikir tentang pengabulan doa, saya hanya berfikir untuk terus berdoa,'' 
begitu ujar Umar bin Khattab r.a.


Bila hati rasa gelisah, teringat kata yang salah, menyesal tak sudah, tak tahu bagaimana mahu membaiki keadaan, maka berdoalah. Kerana Allah itu Maha Mendengar.


Jangan bersedih, berdoalah di sepertiga akhir malam, sewaktu sujud, di waktu bermusafir, selepas tashahhud akhir, selepas solat fardhu, sewaktu mula hujan, ketika dizalimi. Ketahuilah doa itu amat kuat kesannya. Yakini janji Allah yang mengabulkan doa mereka yg amat memerlukannya.
-Ustaz Zaharuddin


No sin is bigger than the mercy of Allah.


Thank you Allah for this. I love you. 

Thursday, March 22, 2012

Do's and Dont's: Surah Al-Isra'

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.


Please read this. No matter how busy you are.


22. Janganlah engkau adakan Tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.


23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


24. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.


25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.


26. Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.


27. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.


28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.


29. Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.


30. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.


31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.


32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


33. Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).


34. Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.


35. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).


36. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.


37. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

Monday, March 19, 2012

For Ummi and Walid to be

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ok. Ummi tak tahu kenapa Ummi dengar ni, tapi best.







Saturday, March 17, 2012

No one invited me to become a Muslim

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

=)

Kids, this is something you must watch!. This video makes me realize the importance of da'wah and it reminds me of someone who really interested in Islam but I say nothing to her because I wanted her to decide on her own. But now I understand that some people just need a little support to convince themselves on what they believe. 

Friday, March 16, 2012

Berehat sebentar bersama....Al-Huffaz

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.


Wednesday, March 14, 2012

Who has the "Right Islam" ?

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Difference between cult and community. Which one do you want to live in?

Monday, March 12, 2012

Hidup dengan Impian

In the name of Allah, the Most Gracious, The Most Merciful.


Soalan
2.1 Siapakah yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah?

Jawapan
Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang

Soalan
2.2 Apakah hukum bagi seorang wanita menunaikan fardu haji dengan tidak diiringi oleh mahramnya sebaliknya hanya ditemani oleh sekumpulan wanita kenalannya?

Jawapan : 
Tidak wajib seseorang wanita itu pergi haji melainkan dengan mahram atau dengan sekumpulan wanita sekurang-kurangnya 3 orang selain dari dirinya sendiri; ini pada haji yang fardu. Pada haji sunat atau haji badal tidak diharuskan melainkan dengan mahram atau suami menurut pendapat yang muktamad. Tetapi bagi haji fardu seseorang wanita boleh (bukan wajib) pergi jika ia yakin akan keselamatan dirinya walaupun seorang diri.


Soalan:
2.3 Apakah hukum bagi seorang wanita yang pakar dalam bidang kebajikan atau rawatan perubatan diambil bertugas untuk merawat para jemaah di Tanah Suci dan pemergiannya tidak diiringi oleh mahramnya?

Jawapan
Harus, jika ia yakin selamat pergi dan balik tanpa sebarang fitnah atau gangguan pada diri, harta atau maruahnya

Soalan 
2.4 Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam iddah meneruskan rancangan menunaikan fardu haji?

Jawapan
Jika ia sudah berihram ia boleh meneruskannya. Kalau belum berihram ia mesti memegang iddah dan pulang jika boleh. Kalau tidak, ia boleh melakukan apa yang lebih selamat dan lebih mudah untuknya. Adapun wanita yang hanya baharu berdaftar dan sudah membayar wang kepada agensi haji kemudian suaminya meninggal dunia maka wanita itu tidak haruskan belayar kerana memegang iddah adalah wajib dengan nas Al-Quran. Dalam masa iddah wanita itu tidak harus keluar dari rumah melainkan kerana darurat yang mendesak seperti mencari nafkah dan sebagainya. Ibadat haji walaupun wajib tetapi saat kewajipannya belum tiba pada masa itu dan ia boleh dilambatkan, sedang memegang iddah adalah wajib dari saat kematian suaminya. Andainya wanita itu hanya hendak mengerjakan haji yang kedua atau ketiga maka tidak ada alasan langsung untuk pergi. Dalam kedua-dua hal sama ada haji wajib atau haji yang kedua atau ketiga kalau wanita itu pergi maka hukumnya adalah haram walaupun ada orang mengatakan walaupun perginya haram tetapi hajinya sah juga, maka perkataan yang semacam ini hanya menggalakkan wanita itu pergi pada hal syarak melarangnya pergi. Dan menurut adab dan peraturan haji pemergian seseorang hendaknya suci dari sebarang dosa agar ia mendapat haji yang mabrur. Dari itu pihak wanita yang kematian suami perlu memerhatikan masalah ini dan janganlah pergi dalam masa iddah. Pihak agensi-agensi haji atau sesiapa yang bekerja menguruskan haji mestilah mengambil langkah-langkah persediaan untuk menghadapi masalah orang yang mesti menarik diri dan memulangkan wang yang sudah dibayarnya dengan cara yang tidak merugikan mana-mana pihak dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.
Soalan
2.5 Adakah berhak seorang suami melarang isterinya menunaikan hajinya?

Jawapan
Ya. Menurut mazhab Syafie suami berhak melarang kerana syarak mewajibkan isteri patuh kepada suami. Pemergian isteri ke Makkah tanpa suami boleh menimbulkan kesulitan kepada suami. Sekiranya suami melarang tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak maka dialah yang menanggung dosanya.

Soalan
2.6 Apakah hukum haji kanak kanak yang belum baligh dan adakah dapat pahala melakukannya?

Jawapan
Kanak kanak yang belum baligh sah hajinya. Tetapi hajinya belum menggugurkan fardunya. Setelah ia baligh kelak dan cukup syarat-syarat hajinya, wajib ia menunaikannya. Pahala hajinya dituliskan untuk kanak-kanak itu, manakala warisnya pula mendapat pahala membantu dalam perkara kebajikan

Soalan
2.7 Bagaimana cara bapa atau wali berniat untuk melakukan kerja-kerja haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiiz?

Jawapan
Kanak-kanak yang belum mumaiyiz hendaklah diihramkan oleh walinya dengan niat:-
"Aku ihramkan kanak-kanak ini/namanya dengan haji/umrah kerana Allah ta’ala."
Kemudian kanak-kanak ini hendaklah dibawa ke tempat-tempat yang perlu dikunjungi oleh jemaah. Dalam perkara seperti tawaf, sai dan melontar misalnya, wali hendaklah membuat untuk dirinya dahulu kemudian baru boleh dibuat untuk anaknya

Source: Al-azim.com


*Tanpa keberanian, mimpi tak kan jadi kenyataan.

Mencari Kesempurnaan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ok anak-anak hari ni Ummi nak bercerita.

Alkisah, suatu hari Ummi gi memancing dengan Abah and adik-adik. Abah tak de anak lelaki, so bawak anak perempuan pun jadi lah kan. Hehe. Ummi pakai umpan udang kalau tak silap, lalu dengan penuh stylenya ala-ala Tiger Woods memukul bola golf, Ummi pun balinglah mata kail tu dalam sungai.

Kehendak Allah Taala, ikan makan umpan Ummi tu. Maybe ikan tu tahu Ummi tak berapa makan ikan. Heh. Lalu Ummi pun angkatlah joran dengan lajunya untuk memastikan ikan tu tak terlepas. Tergodek-godeklah ikan tersebut di ruang udara.

Tahu apa Ummi buat lepas tu?

Mungkin Ummi boleh menyalahkan tindakan refleks, Ummi campak joran tu ke tanah dan lari ke abah. "Abah, tolong! Ikan tu lompat. Jangan pergi dekat!!" Cemas nar Ummi. Entah pape..Tapi, itu bukan first time Ummi campak joran sebab dapat ikan. Memang agak scary melihat ikan meronta-ronta untuk dilepaskan. Mungkin Sir Isaac Newton boleh tambah lagi satu teori tentang tindakan luar kawal dan cara mengatasinya.

Abah tarik mata kail yang tersangkut dekat ikan tu. Ada darah. Mesti sakit kan kena sentap dengan Ummi, Kena campak ke tanah lagi..Waktu tu Ummi fikir, maybe lagi baik Ummi lepaskan die kat sungai. Tapi, berdosalah Ummi kalau memancing suka-suka. Ummi ingat lagi, kata Ustaz, jangan petik bunga saja-saja sebab pokok-pokok semua bertasbih pada Allah. Mungkin begitu juga dengan haiwan.

Ummi cerita ni sebabnya Ummi terbaca something hari ni:

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Fuh..Ummi tak terfikir sakit rupanya kena sentap dengan kail tu. Kena baling lagi sebab Ummi terkejut. Ya Allah, moga semua ikan yang jadi mangsa Ummi maafkan Ummi. =(
...

Anak-anak yang Ummi sayang,

Dalam hidup ni, kita selalu mencari kesempurnaan. Namun, jikalau kita sering mencari kesempurnaan pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangan yang kita temui. Kerana apa? Kerana hanya Allah swt yang bisa sempurna. Bersyukurlah apa yang kita ada dan terimalah kekurangan orang lain. Janganlah menghina kekurangan orang lain sebaliknya cubalah untuk menampung kekurangan-kekurangan tersebut.

Dan janganlah menjadi orang yang angkuh. Angkuh adalah orang yang merasa dirinya baik dan merasakan dia hanya berhak menerima atau bersama yang terbaik. Contohnya dalam berkawan, jika kita kaya janganlah hanya mahu berkawan dengan orang-orang kaya. Kenapa? Kerana apa yang ada pada kita, dia dan mereka adalah pemberian Allah Taala. Bukan hak milik kita. 

Akhir kata dari Ummi,


Janganlah mencari kesempurnaan pada makhluk, sebaliknya cubalah sempurnakan iman kita dan bersamalah dengan mereka yang ingin menyempurnakan iman. Semoga, kita, dia dan mereka sama-sama menuju ke jalan Allah.


Sayang anak Ummi.


*alamak apa kena mengena cerita ikan dengan mencari kesempurnaan? 

Saturday, March 10, 2012

Crisis of Faith

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Really love this lecture and it really helps especially to those who were raised in a non-Muslim country. It is not easy to live around the nonbelievers if we don't have a strong faith. Brother Nouman here discussed on how to deal with philosophical issues most youth were facing today. 


Thursday, March 8, 2012

The Day of Judgement

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.




This video, it reminds me of something. One day, my friend, Susie, asked me:

"Iylia, is it true that the world will end one day? Do you watch the movie 2012, what do you think about it? What does Islam says about the end of the world? I don't have God that's why I'm wondering"

And another story, I was at Wisconsin last summer for a sport event when I heard the ministries from the churches at the place where I stayed went from house to house to preach because they expected the world would ended in few days.

Weird huh? When people can predict when the world will end. Kids, wallahi, no one knows when is al-Qiyamah except for Allah swt. Not even the Prophets knew when the day will come. But, as a Muslim, we believe, that one day this world will come to an end and we will be judged by Allah The Almighty.

Scared? I do, because I don't know what's my end gonna be. But kids, Allah swt is fair and He keeps His promise. Be good and surely He will rewards you with Jannah.

"Allah has promised those who have believed among you and done righteous deeds that He will surely grant them succession [to authority] upon the earth just as He granted it to those before them and that He will surely establish for them [therein] their religion which He has preferred for them and that He will surely substitute for them, after their fear, security, [for] they worship Me, not associating anything with Me. But whoever disbelieves after that - then those are the defiantly disobedient."
[Al-Quran 24:55]

Also, I remember one thing, it's a lyric of a song:

Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa,
Ia tak dapat dijual-beli,
Ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi,
Engkau merentas lautan api, 
Namun tak dapat jua dimiliki,
Jika tidak kembali pada ALLAH.

Dear kids, 

I guess you understand what this lyric means. No matter how much Ummi and Walid teach you, but in the end, it is still up to you to choose the path that you wanna take. So please, choose the path of Allah, no matter how hard it is. You'll be fine, you just need a little patience. To get a precious pearl, you have to swim deep down the sea. Same goes to Jannah. It belongs to those who seek for it. 




And kids,

Thank you for being our sweetheart. 

Wednesday, March 7, 2012

Baltimore and Philly

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.


Dear sweetheart,

I just got home from Philly. Kawan Ummi ni ha teringin nar nak makan seafood. Seafood in US is a little bit expensive compared to Malaysia especially at my place that's why we went to Baltimore. Baltimore is like 2  hours from State College, sama macam dari Kedah balik Taiping..Here's some pictures.









and ni Philly





Sunday, March 4, 2012

Sweet Moment #3

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.


Lady Aisyah binti Abu Bakar.


Saidatina Aisyah ra. I really love her. She is the third wife of the Prophet saw. A very intelligent and observant young lady with a very good memory, a very quick learner, and not afraid to talk back to find the truth. Whenever she wins an argument, the Prophet saw would smile and said, " She is the daughter of Abu Bakar. " Some people may viewed the marriage of the Prophet saw as an exceptional marriage, but then this two partners are exceptional people. Thanks to Allah swt for this exceptional marriage, between a man nearing to end of his life and a woman nearing to beginning of hers, that we are able to know a lot about them and follow them.








*It's very rare to find a husband who asks permission from his wife nowadays. sigh.....*




Saturday, March 3, 2012

Sweet Moment #2

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.


Lady Khadijah binti Khuwaylid

I guess I shouldn't summarize this video because Sheikh Habib Ali Al Jifri explains the story thousand times better than me. I love the way he smiles when he talks about the Prophet saw and his wife, and I can feel that he really loves the Prophet saw. You know, usually when people are deeply in love with someone, they will smile every time they talk about him/her, or even when the thought of him/her come across their mind. Well,  try to talk about God to your friends and see if you smile...=)





=)

Sweet Moment #1

In the name of God, The Most Gracious, The Most Merciful.


Ummi just wanna share stories I learnt from Celebrate Mercy program "Lessons from the Prophet's saw Married Life". Here's the first story:


Umm Salamah: Hind bint Abi Umayya,

Ummu Salamah is the Prophet's saw cousin. Her first husband was Abdullah ibn Abdul Asad(Abu Salama), was also one of the Prophet's saw cousins. They were among the very first Muslims and emigrated to Abyssinia. On their return they were still persecuted by their family, so they took refuge in the household of the Prophet’s uncle, Abu Talib, until he died. They had 4 children. Abu Salamah died from the wounds he had received while fighting at the battle of Uhud.

All the Muslims in Medina were aware of Umm Salama's situation, and when her idda period of four months and ten days were over, Abu Bakr proposed marriage to her, but she refused. Then Umar asked her to marry him, but again she refused. Then the Prophet saw himself asked for her hand in marriage. She replied:

"O Messenger of Allah, I have three characteristics, I am a woman who is already advanced in age, I have many children and I am a woman who is extremely jealous and I  am afraid that you will see in me something that will anger you and cause Allah to punish me"

The Prophet answered: "As for your age you have mentioned. I am afflicted with the same problem as you. As for your children, your family is my  family and as for the jealousy, I pray to Allah the Almighty to take it away from you."

*He is sweet isn't he?*

The Prophet's answer eased her heart, and so they were married in Shawwal, 4 AH, when she was 29 years old.

...

Lessons:

A very sincere heart the Prophet's saw has. He is willing to accept his wife for whoever she is. I love how humble he is, for not setting a standard a woman should meet to become his wife although he is a Prophet. I guess what it means to get married for the sake of Allah, is to leave everything for Allah to decide what is best for us. =)

...

As usual, a video....






O Allah, please take away my unreasonable jealousy.