Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ok anak-anak hari ni Ummi nak bercerita.
Alkisah, suatu hari Ummi gi memancing dengan Abah and adik-adik. Abah tak de anak lelaki, so bawak anak perempuan pun jadi lah kan. Hehe. Ummi pakai umpan udang kalau tak silap, lalu dengan penuh stylenya ala-ala Tiger Woods memukul bola golf, Ummi pun balinglah mata kail tu dalam sungai.
Kehendak Allah Taala, ikan makan umpan Ummi tu. Maybe ikan tu tahu Ummi tak berapa makan ikan. Heh. Lalu Ummi pun angkatlah joran dengan lajunya untuk memastikan ikan tu tak terlepas. Tergodek-godeklah ikan tersebut di ruang udara.
Tahu apa Ummi buat lepas tu?
Mungkin Ummi boleh menyalahkan tindakan refleks, Ummi campak joran tu ke tanah dan lari ke abah. "Abah, tolong! Ikan tu lompat. Jangan pergi dekat!!" Cemas nar Ummi. Entah pape..Tapi, itu bukan first time Ummi campak joran sebab dapat ikan. Memang agak scary melihat ikan meronta-ronta untuk dilepaskan. Mungkin Sir Isaac Newton boleh tambah lagi satu teori tentang tindakan luar kawal dan cara mengatasinya.
Abah tarik mata kail yang tersangkut dekat ikan tu. Ada darah. Mesti sakit kan kena sentap dengan Ummi, Kena campak ke tanah lagi..Waktu tu Ummi fikir, maybe lagi baik Ummi lepaskan die kat sungai. Tapi, berdosalah Ummi kalau memancing suka-suka. Ummi ingat lagi, kata Ustaz, jangan petik bunga saja-saja sebab pokok-pokok semua bertasbih pada Allah. Mungkin begitu juga dengan haiwan.
Ummi cerita ni sebabnya Ummi terbaca something hari ni:
Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Fuh..Ummi tak terfikir sakit rupanya kena sentap dengan kail tu. Kena baling lagi sebab Ummi terkejut. Ya Allah, moga semua ikan yang jadi mangsa Ummi maafkan Ummi. =(
...
Anak-anak yang Ummi sayang,
Dalam hidup ni, kita selalu mencari kesempurnaan. Namun, jikalau kita sering mencari kesempurnaan pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangan yang kita temui. Kerana apa? Kerana hanya Allah swt yang bisa sempurna. Bersyukurlah apa yang kita ada dan terimalah kekurangan orang lain. Janganlah menghina kekurangan orang lain sebaliknya cubalah untuk menampung kekurangan-kekurangan tersebut.
Dan janganlah menjadi orang yang angkuh. Angkuh adalah orang yang merasa dirinya baik dan merasakan dia hanya berhak menerima atau bersama yang terbaik. Contohnya dalam berkawan, jika kita kaya janganlah hanya mahu berkawan dengan orang-orang kaya. Kenapa? Kerana apa yang ada pada kita, dia dan mereka adalah pemberian Allah Taala. Bukan hak milik kita.
Akhir kata dari Ummi,
Janganlah mencari kesempurnaan pada makhluk, sebaliknya cubalah sempurnakan iman kita dan bersamalah dengan mereka yang ingin menyempurnakan iman. Semoga, kita, dia dan mereka sama-sama menuju ke jalan Allah.
Sayang anak Ummi.
*alamak apa kena mengena cerita ikan dengan mencari kesempurnaan?
Janganlah mencari kesempurnaan pada makhluk, sebaliknya cubalah sempurnakan iman kita dan bersamalah dengan mereka yang ingin menyempurnakan iman. Semoga, kita, dia dan mereka sama-sama menuju ke jalan Allah.
Sayang anak Ummi.
*alamak apa kena mengena cerita ikan dengan mencari kesempurnaan?


0 comments:
Post a Comment