Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alkisah..
Hari ni Ummi nak cerita sikit pengalaman Ummi dekat Universiti. Nak dipendekkan cerita, dalam banyak-banyak kelas kat Universiti tu, ada satu kelas yang Ummi sangat-sangat tak perform. Honestly, Ummi pun tak tahu kenapa. Buat latihan dah selalu, jumpa lecturer pun selalu, mintak kawan ajar pun selalu.. dan sebagainyalah usaha Ummi. Tapi entah, nasib sering tak menyebelahi.
Setiap kali exam, mesti Ummi kecewa. Walaupun rasa macam boleh buat, tapi result mesti tak bagus jugak. Boleh dikatakan, everytime dapat result, I will cry. Ummi selalu tertanya, "Ya Allah, kenapa uji aku macam ni?"
Semester semakin berakhir. Carry marks Ummi tak banyak, kiranya kalau tak lepas kelas ni, Ummi tak boleh grad because few classes in my university hanya di offer pada semester tertentu. Ummi belajar sungguh-sungguh for final exam sebab Ummi fikir itu harapan terakhir Ummi.
And guess what? Yes, result final Ummi can't afford to pull my grade. US punya grading system agak tinggi compared to other countries. A die 93. C 76 for that class. Waktu tu, Ummi menangis dan solat. Ummi berdoa pada Allah " Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Engkau lebih Mengetahui dari aku. Aku redha dengan ketentuanMu kerana aku yakin, apa yang Engkau takdirkan, itulah yang terbaik untukku". Kemudian, Ummi pergi jumpa professor sambil membaca ayat 1000 dinar.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah At-Talaq, ayat 2-3]
Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Professor Ummi meminta Ummi buat satu program menggunakan VBA as an extra credit walaupun dia tak pernah kasi orang lain extra credit. Dan dia sendiri yang ajar Ummi buat program tersebut. Syukur Alhamdulilah, Ummi berjaya excel kelas tersebut dengan kuasa Allah.
Ummi terfikir, kadang-kadang mungkin sebab fikiran kita sangat limited, kita fikir hanya dengan usaha kita, kita akan dapat sesuatu. Seringkali kita lupa, yang paling berkuasa itu adalah Allah swt. Dia menjadikan yang tiada kepada ada, dan mentiadakan yang ada. Cumanya, kita kena yakin padaNya dan serahkan segalanya kepadaNya. Letakkan harapan kita pada Dia, bukan pada manusia. Ingat, Allah tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya. Dia cuma mahu kita belajar untuk bersabar dan ikhlas menerima ujianNya.
Sayang,
Yang memberi kita rezeki bukanlah kerja,
Tapi Allah.
Yang mendekatkan jodoh bukanlah ibu bapa, rumah, adat atau sebagainya,
Tapi Allah.
Berdoalah dan bersabarlah.
Sabar itu mungkin susah, tapi ada manisnya.
Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
*Bila Allah swt mahukan sesuatu berlaku, tidak ada yang bisa menghalangnya. Never lose hope in the mercy of Allah swt
![]() |
| Syukur atas setiap perkara. Syukur kerana Allah temukan kita. |
Sabar menunggu si jantung hati.



6 comments:
Ooo.
Gini ghopenye.
Untunglah repuang.
Apa yang untung?
Cingcing tu.
Repuang kalau beli cingcing kemain lagi.
Lenkali nak beli cingcing stainless steel je.
Dia yang nak kawin.
Tapi cincin suh orang lain beli.
Tah pape
Biarlah repuang punya hal.
Banyak lagi hal umat nak kena fikir.
Yelah2.
Tah tah umur kite berapa pun die tak tahu.
Post a Comment