BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, December 7, 2011

Aisya #13: I'm sowy

Ummi: Awak bak tangan, nak potongkan kuku.

Walid: Alahai, baiknye la isteri saya..ada pape ke ni sayang?

Ummi: Ish. orang nak menunjukkan kasih sayang pun tak leh. Kalau orang tak layan die, merajuk pulak. Haish!

Walid: Ok2! sowy. Saja je cakap cmtu. Awak kan banyak fi'il. Ahaks!

Ummi: Ceit. Saya rasa saya sayang awak lebih hari ni..=)..Awak saya nak tanya something yang musykil. Kenapa kita kena maafkan kesalahan orang kat kita ek. Cuba awak fikir, kalau kita tak maafkan, orang tu dosa, bila die dosa, die kena hukum..adil la kan? Pastu kalau banyak dosa die, die masuk neraka, kita dapat pahala die sebab die buat jahat kat kite, so bertambah la chance kita untuk masuk syurga. Betol tak?

Walid: erk...susah tol student business ni. asyik fikir chances untuk buat benefit.haha. but it doesn't work like that la sayang. You know why? sebab manusia tak lari dari kesalahan, dan kita sendiri mungkin banyak buat salah kat orang. Kita maafkan orang, Allah akan mudahkan orang lain maafkan kita. And one more thing sayang, kita tak berhak hukum orang. Kan Allah swt je boleh hukum. Apa pun yang berlaku, ia terjadi dengan kehendak Allah swt. Lagipun sayang, sampai bila nak simpan perasaan marah, benci?

Ummi: Hmmmm. tapi saya rasa, susah nak maafkan orang terutama orang2 yang dekat, macam family. Sebab diorang kan orang yang rapat, patutnya diorang berjaga2 untuk jaga hati kita sebab diorang paling kenal kita. Tak ke?

Walid: Sayang, orang yang paling rapat la yang kita paling kena maafkan. Jangan kerana salah yang satu kita lupa budi yang seribu. Awak nak tangok orang yang awak sayang kena seksa dekat akhirat?

Ummi: Tak nak! So, kalau saya buat salah, awak sudi la maafkan saya kan?(buat mata puss in boots)

Walid: Haha..I know this is coming..tapi janganla saja2 buat salah. Awak ada buat apa sebenarnya ni?

Ummi: Tarik nafas dulu.. pastu hembus pelan2. ikut saya..fuuuuhhh.

Walid: Ceit..ni yang nervous ni..

Ummi: Ok..bertenang bertenang...Hilangkan segala mende2 negatif dalam otak dulu..and janji awak tak marah?

Walid: errr..Yela2 cepat cakap..

Ummi: hurmm..saya terlanggar tiang lampu jalan waktu bawak kete kesayangan awak gi kedai..dan malangnya kereta tu mengalami kecederaan. hmm sowy..=(

Walid: erk?? fuhhh...Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah..

sapa kata ummi tak sayang baby laki. ummu sayang sume lah.

4 comments:

Anonymous said...

Bini gua potong kuku gua time gua tengah tidur.
Gua penat sangat sampai tak sedar.

Iylia said...

oh..kena ke gitau pasal isteri awak

Bijen M. said...

Oh!
Oke maaf.

Iylia said...

k la..cakap la pape pun. tak kisah pun sebenarnya.