BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, December 16, 2011

Aisya #15: Anak

Bila Ummi dan Walid berbicara soal anak.

*Lepas kawin, ummi cuba sesuaikan jadual ummi dengan walid.Ummi memang tak suka orang lain jaga anak ummi. Tapi entahlah, ummi tak tahu kalau ummi ni ibu dan isteri yang baik*

Ummi: Awak..awak nak dengar cerita saya tak?

Walid: ......

Ummi: hmm.. awak nak dengar tak ni?? =(

Walid: ......

Ummi: Tak nak dengar tak pe lah. Kite tahu kite ni sape je kan..macam scarecrow kat tengah padang yang tak de orang kisah.

Walid: Ahaks! Saya tak tahu pulak saya kawin dengan scarecrow. Awak ni tak baik tau asyik merajuk dengan suami.

Ummi: Nak buat camne. Saya kan kurang perhatian dan kasih sayang suami..kalau tak merajuk nanti orang tu buat tak tahu je.

Walid: Sigh..ni terlebih kasih sayang la jadi macam ni. Awak nak cerita apa tadi?

Ummi: Semalam saya mimpi..hmm saya mimpi kita dapat baby girl..

Walid: Eh, awak pregnant lagi ke?

Ummi: Tak.. tak..bukan..

Walid: Habis tu kenapa? Bagusla kalau dapat anak lagi. Awak tak suka?

Ummi: Mestila suka dapat baby. Cumanya saya rasa takut. Makin bertambah anak, makin besar tanggungjawab. Nak didik anak2,nak bahagikan masa untuk anak2 dengan awak. Saya takut tak dapat jadi ibu dan isteri yang baik.

Walid: Oh..Sayang, anak2 tu rezeki dan juga ujian dari Allah swt. Waktu awak pregnant ke Aisya, awak cakap benda yang sama. Waktu dapat Muhammad pun macam ni. Tapi awak manage jugak jadi ibu. Awak jaga makan pakai kami, ajar anak2 mengaji, bagi tazkirah, solat jemaah. And at the same time you are being a good wife to me. Don't worry about having another baby, we will figure out how things work when we have another one.

Ummi: Hmm..Saya fikir benda yang sama but I'm just worried we can't afford more children.

Walid: Rezeki datang dari Allah, bukan dari manusia. Yakin yang rezeki suami bawak balik tu cukup untuk keluarga. Allah swt berfirman yang bermaksud 

"Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian.[2:233] 

Dalam ayat ni, Allah swt terangkan suami bertanggungjawab untuk mencari rezeki buat anak2 dan isteri. Dan Allah swt tak akan membebani seseorang melainkan dia mampu menanganinya, Allah swt juga berfirman yang bermaksud 

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?" [16:72]

Apa awak faham dari ayat ni?

Ummi: Hmm..maksudnya sebagaimana Allah swt bagi kita pasangan dan anak2, macam tu jugak Allah swt akan bagi kita rezeki. Jadi kita kena yakin dengan Allah swt. 

Walid: Hmm..and ada lagi satu ayat pasal anak. 

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."[17:31] 

Jelas dalam ayat ni yang ada rezeki bagi setiap anak. So, we don't have to worry dari mana akan datang rezeki itu. As long as we give an effort to find halal rizq and put our trust in Him, insyaAllah, Allah will provide us.

Ummi: Ok. thanks habibi.. Looks like we can have more babies..kihkihkih. Qabbalni.


Quote yang agak tidak ada kena mngena:

"Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya… semata-mata. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.


Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah… di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?"
-Ustaz Hasrizal





*ummi masih xde ilham nak letak nama baby girl seterusnya apa..sigh..

4 comments:

nur said...

menarik sgt post ni ~!

Iylia said...

auni..bukan ini la yg kte suh baca..sigh.......hahaha

~PENCHENTA~ said...

Haritu dengar ceramah ust Azhar live!

Dia cerita macam mana seekor burung boleh keluar, cari makan tinggal anak2, yang kat rumah bukan ada peti sejuk macam kita ni. Tapi bila balik, Allah tetap bagi rezeki dua ekor cacing sorang buat anak2.

Innallaha khairurraziqiin. :)

Iylia said...

bila tulis2 ni cek2 Quran..rupanya banyak ada cakap pasal rezeki anak2 ni..hihihi

moga Allah swt bagi kte anak ramai..