BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, January 11, 2012

Seni


Seni..

Ummi selalu kagum dengan pemuisi..

Kata-kata indah..

Mampu membuat manusia ketawa, tersenyum mahupun menangis..

Fikir Ummi, pemuisi itu pasti punya hati yang baik

Kerana bait-bait indah selalu datang dari hati yang suci

Namun, pemuisi tak dapat menandingi ayat-ayatNya

Al-Quran itu punya bahasa paling mulia

Sebaik-baik bahan untuk dibaca

Penawar jiwa yang luka.

Ummi tahu Ummi tak pandai lukis..tapi tahu kan yang kat rumah tu kucing.



Ummi selalu kagum dengan pelukis..

Mencorak lukisan alam realiti

Mampu mendamaikan hati

Fikir Ummi, pelukis itu punya anugerah tak ternilai

Kerana tak semua memiliki bakat ini

Namun, pelukis juga tak mampu menandingi lukisanNya

Lihat awan, langit dan bintang

Ada kisah di sebalik mereka

Tanda mulia Sang Pencipta

Bila Ummi sedih Ummi suka datang sini. Ummi pun tak tau apa significant jalan ni.

...

main golf juga seni 

0 comments: