Last week, tiba2 exclassmate Ummi kat INTEC bertanya pada Ummi..
"Iylia, nanti lepas grad apa plan?"
Hmmmm..sekarang ni dah tak de plan. Nak jadi robot kot. Buat benda sama hari2..Kerja kerja kerja..Cukup duit beli rumah, kereta...Ish awat skema sangat plan ni..Haih..Kamu lak?
"Oh, hmm ingat nak jadi cikgu for 2 years,rasa macam nak give back to the societies. Lepas tu baru cari kerja dengan engineering firm and ada lagi la perancangan lain."
....
Lalu Ummi pun terfikir, kenapa perancangan hidup orang berwarna-warni, perancangan Ummi satu kaler je? Betol ke Ummi nak jadi robot camni?
Of course la tak nak. Sebagai khalifah Allah, kita ada banyak tanggungjawab kat muka bumi ni. Kita sebenarnya adalah daie. Kalau bukan kita, siapa lagi? Suatu hari, kita akan berhadapan dengan Allah dan jika ditanya "Apakah yang kita telah lakukan di dunia? Adakah kita berjuang untuk agama Allah?" Apa yang kita nak jawab? Fuhhh cuak...
Oleh itu, Ummi kena baiki perancangan hidup Ummi. Kata orang, jangan pernah takut untuk berimpian asal ia disusuli dengan usaha. Jika kita ikhlas, rezeki itu pasti akan datang. Dan impian Ummi, ingin melahirkan daie yang berkualiti. Ummi kan teringin bukak sekolah =). Mohon doanya ye anak-anak.Tapi, sebelum apa2, kenala baiki diri dulu.
Hmmm...
Lastly, anak2 jangan nakal2..
I love you sweetheart.



6 comments:
Nanti boleh hantar anak-anak pergi sekolah Umi. :D
InsyaAllah.
Mohon doanya.
Tak jadi lah kot nak hantar. Terfikir nak buat Homeschooling pulak lepas baca post and comments kat group sana. Doakan akak jugak ye. Banyak jugak cabarannya kalau nak homeschool kan sendiri.
Tertarik jugak baca pasal homeschooling kat masturat. saya pun ingt nak buat post psal homeschooling vs skolh biasa. tp homeschooling mmg byk cabaran la.
my aunt ada bukak islamic school dkt bangi. they use montessori method. I think it is a solution for parents yg nak hantar anak sekolah biasa tp tak guna curriculum skolah harian mcm homeschooling jugk. Itula plan saya senarnya. Nak tahu lebih lanjut sila message kat fb,kehkehkeh
Nak buat post kat blog ke kat group ni?
Sebenarnya akak bukan kisah sangat pasal kurikulum dia, tapi pasal suasana tu. Tak semua sekolah biasa ada suasana tak baik dan tak semua madrasah ada suasana yang baik, tapi kalau rumah sendiri insyaAllah yang baik-baik sahajalah kan.
Poyos betul nak suruh message FB bagai. Hahah. Awaklah set date and time, nanti kita sembang kat sana. Beza waktu dah lain sekarang ni dan akak tidur awal kat Malaysia. Jangan cari time yang akak kena stay up sampai 12 1 pagi ye. :D
kat blog lah..
kat rumah baik in some part..tapi saya lagi suka anak2 belajar bergaul dan ada ramai kawan. nanti if ditakdirkan dia kena berdikari die pandai buat keputusan apa yang baik dan buruk. dari pengalaman saya lah, saya belajar yang kita tak leh "protect" anak sampai ke besar. Alhamdulillah, saya duduk asrama biasa pun banyak benda baik saya belajar dari luar. Maybe sebab parents da bagi guideline apa saya boleh ikut apa tak boleh.
Beza waktu US dengan sini senang je, sini pukul 12pm sana 1am. Saya cam biasa la tidur pukul 7pm bgun pkul 10pm pastu tidur balik pkul 3am.
Post a Comment