Hidup tanpa mendengar azan dan bacaan zikir di masjid itu sunyi. Hidup tanpa mendengar ilmu agama itu sepi. Hidup dikelilingi pencinta dunia itu hambar. Sungguh kosong jiwa ini tercari2 Sang Pencipta. Tak sama azan di laptop dengan azan yang sebenar. Tak sama zikir di kaset dengan zikir di lidah. Remuk hatiku kudiamkan saja. Tapi Allah tahu.
Dugaan datang tak pernah berhenti. Syaitan dan nafsu menjadi pendamping setia. Cuba menghalang aku jadi bidadari syurga. Memberi aku dua pilihan abadi. Jika dipilih kanan atau kiri mereka masih menganggap aku suci. Tapi Allah tahu.
Sungguh, bukanlah aku sekuat yang disangka. Senyum tawa tak bermakna gembira. Aku juga manusia biasa. Ingin dibelai dan dimanja. Ingin mencinta dan dicinta. Layakkah aku tanpa izin Sang Pencipta? Malu aku pada Tuhan yang Esa. Kukuburkan saja hasrat di dada. Tapi Allah tahu.
Keluh kesah ku biarkan terpendam. Tak mahu menyusahkan atau merisaukan. Sungguh jiwaku racau. Hanya tangis menemani malam. Kupikir aku hanya keseorangan. Tapi Allah tahu.


0 comments:
Post a Comment