sometimes bile sedih or rasa lemah suke tgok video ni. It helps me to be strong and remind myself not to be "hamba dunia". I know bukan senang nak lawan nafsu, bukan senang nak jadi baik, tapi kita xboleh nak salahkan orang lain. Setiap orang ada ujian masing2. Percayalah apa yang Allah beri tu adalah yang terbaik untuk kita.
Penghuni syurga.
Dulu saya xheran sangat nak jadi wanita yang baik2. xdela suka buat jahat tapi tak pernah cuba jadi lebih baik. and saya tak pernah pun pikir pasal mati. saya pikir ada banyak masa untuk bertaubat sebab kan muda lagi. tak pernah terlintas di hati yang saya boleh mati bila2 masa. sampaila satu hari, Allah tunjukkan something yang xdapat saya lupakan sampai hari ini. Baru kini saya sedar, maksud xde sapa boleh melawan kuasa Allah. Jika sudah tertulis ajalmu pada saat itu, tak mungkin ada sesiapa yang dapat melawannya, walau dengan cara apa pun!. I really mean it, cause I saw it.
Saya bersyukur, walaupun peristiwa itu pahit untuk ditelan, tetapi Allah swt masih sudi memberikan masa untuk saya bertaubat. Mungkin orang yang xmengalami akan kurang memahami. Tetapi ketahuilah, jangan sia-siakan masa yang ada kerana cepat atau lambat, kita tetap akan kembali pada Allah swt. Janganlah jadi macam saya yang alpa dengan dunia. Dan janganlah bersedih, saat kamu berusaha menjadi baik, kamu diuji dengan bermacam2 cubaan kerana sesunnguhnya kamu bakal menjadi PENGHUNI SYURGA!


0 comments:
Post a Comment