Sejak orang putih pulang ke bumi tempat aku belajar ni hati aku jadi gundah gulana. Setiap hari maksiat berlaku di bulan yang suci ini dan kencing syaitan ditumpahkan merata-rata di atas bumi Allah. Entah aku seperti dapat merasakan perasaan bumi ini. Sayu, pilu, kosong.Kenapa aku yang menerima tempiasnya? Amal ibadat yang aku lakukan masih tidak dapat melawan perasaan ini. Tidak hairan kenapa berlaku gempa bumi baru-baru ini. Tetapi orang yang tidak mencari hidayah, masakan mereka akan menerimanya? Hanya doa dapat aku titipkan buat mereka. Kasihan. Mereka tidak nampak dosa yang dilakukan mereka. Aku juga perlu mengambil cuti untuk merawat jiwaku. Entah aku tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan. Serabut. Dan selepas Ramadhan berakhir, pasti lebih teruk keadaannya. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan jiwaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Oh tahukah anda bahawa syaitan mengerumuni umat manusia selepas bulan Ramadhan seumpama lebah menghurungi sarangnya.
tak tahu.habislah kalau macam tu. lagi serabut
Post a Comment