Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
1. Dia memasamkan muka dan berpaling,
2. Kerana dia didatangi orang buta.
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
4. Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
5. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
6. Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
7. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
8. Adapun orang yang segera datang kepadamu,
9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah);
10. Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
11. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
12. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya.
13. (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan;
14. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan);
15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Luh Mahfuz;
16. (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
17. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
18. (Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah?
19. Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
20. Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih);
21. Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan;
22. Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
23. Janganlah hendaknya dia kufur ingkar lagi! Sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
24. (Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
25. Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
26. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan;
27. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
28. Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
29. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
30. Dan taman-taman yang menghijau subur,
31. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput;
32. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
33. Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat;
34. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
35. Dan ibunya serta bapanya,
36. Dan isterinya serta anak-anaknya;
37. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
38. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
39. Tertawa, lagi bersuka ria;
40. Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
41. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
42. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.
...
Nobody is perfect and so am I. In fact, I made a lot of mistakes in my life. But I'm learning, and still learning.
Forgive me when I did wrong, and teach me nicely. Sometimes I don't even know what I did was inappropriate.
The understanding of Islam, it is given by Allah swt, so please be patient with me, and make du'a for me.
Please don't judge me, or blame me if I don't understand things. I want to learn so please be patient.
Islam is spread not only by words, but also by akhlaq, please talk to me nicely, for it gives a good example for me to follow.
*Trying to straighten a bent rib will break it, and leaving it, it will remains bent.


2 comments:
Kena baca Surah Abasa waktu interview nak masuk SMKA dulu. Nostalgic betul. :)
Surah Abasa..saya sgt suka. Waktu first time ustaz cerita tafsir die, rasa trkjut jugk n tak faham knpa Nabi buat cmtu. but then baru saya faham yg Nabi pun manusia, ada buat salah. And sometimes kite ada differents views in things compared to others tp xsmstnya slah seorang salah. Sebab tu Allah swt ckp, kite tak tahu apa dalam hati mnusia so jgn judge org..
=)
Post a Comment