Story of Prophet Musa as and Firaun.
*sambungan post Hope
Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. (6) Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. (24) Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28) Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) Iaitu Harun saudaraku; (30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (31) Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, (32) Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, (33) Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; (34) Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.(35)
Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (36) Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. (37) Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: (38) Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. (39) Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya? Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya dia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!(36)
Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu. (41) Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. (42) Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. (43) Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. (44) Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampau batas. (45) Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (46) Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera, itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk agama Allah.(47)
...
Ummi nak highlight satu ayat dalam kisah Nabi Musa as iaitu ayat ke 44 surah Taha.
Tuesday, April 3, 2012
Hope 2: Surah Taha
فَقُولا لَهُ قَوْلا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
Faqulalahu qaulal layyinan = Speaks to him gently
La'allahu yatazakkar = Perhaps he might be reminded"
Aw yahsa = or fear
Although firaun was the worst of the worst person, Allah swt ordered Prophet Musa as to speak gently to him and remind him. Although Allah swt knew what the outcome of Firaun would be, where he gonna be, what will happen to him, Allah swt ordered Prophet Musa as to remind him. Why? Allah answered it in this verse "La'allahu yatazzakar aw yakhsya". The meaning behind this verse is Allah swt is able to do anything, even to change a worst person on earth to become a better person but one should never ever lose hope in Him. Okie?
*Don't be sad when things get worst, He always listens to you, He knows what's in your heart, well He even knows if you cry in the bathroom. Trust Him and keep making dua. InsyaAllah, things will be fine.
Posted by Iylia at 12:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Ada juga ayat yang Allah suruh sampaikan dengan cara extreme dll.
Entry ni tak fokus pada cara dakwah tapi nak cakap Allah tak bagi kita putus asa terhadap Dia walau bagaimana keadaan sekalipun.
But anyway, memang cara dakwah itu pelbagai dan mengikut keadaan.
Cuma ayat ni menunjukkan the mercy of Allah,
walau jahat mana pun firaun, Allah masih suruh Nabi berlembut dengan dia sebab kemungkinan dengan cara lembut, firaun akan terima dakwah.
Post a Comment