"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al- Ankabut:2&3)
Kadang2 mungkin kita berasa sedih kerana kita diuji oleh Allah s.w.t dengan banyaknya. Kita ingin apa yang tidak kita miliki. Harta, keluarga, cinta dan sebagainya. Kita mungkin menyoal Allah s.w.t kenapa kita diuji lebih dari orang lain.
Bersabarlah. Sesungguhnya kamu itu diuji kerana Allah sangat sayangkan kamu.
Kenapa kita berfikir sedemikian? Apa kita lupa pada mereka di Afghanistan dan Palestin? Ujian mereka lebih berat tetapi mereka tetap yakin dan berdoa kepada Allah.
Bersabarlah. Sesungguhnya kamu itu diuji kerana Allah sangat sayangkan kamu.
Saat kita diuji, mungkin kita berkata "apa salahku Ya Allah?" Mugkin kita lupa saat Nabi Yusuf a.s dimasukkan di penjara kerana difitnah oleh Zulaikha, Nabi Yusuf a.s berkata "Ya Allah jika memang kehidupan penjara lebih berarti bagiMu daripada dunia luar lebih baik aku hidup di penjara tapi lebih dekat denganMu daripada aku hidup dengan manusia pendusta." Nabi Yusuf itu Rasul Allah, dan baginda juga diuji.
Bersabarlah. Sesungguhnya kamu itu diuji kerana Allah sangat sayangkan kamu.
Janganlah sombong dengan Tuhanmu. Atau mengaggap dirimu itu suci sehingga merasakan dirimu tidak layak diuji.
Bersabarlah. Sesungguhnya kamu itu diuji kerana Allah sangat sayangkan kamu.
Yakinlah Allah s.w.t itu Maha Pengasih dan Penyayang. Ujian yang diberi itu bukanlah untuk menyusahkan kita tetapi Allah s.w.t mahu kita dekat padaNya, Allah s.w.t mahu kita sentiasa ingat padaNya, dan Allah s.w.t suka kita berdoa padaNya. Tempuhilah ujian ini dengan baik kerana kesudahan yang baik akan menanti.
Tidakkah kita bersyukur kerana dipilih untuk diuji oleh Allah s.w.t?


0 comments:
Post a Comment