BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, July 16, 2011

Ghuraba di Amerika



















Amerika

Dulu aku membenci, kini aku menyayangi

Dulu aku tak mengerti, kini aku memahami

Tentang hikmah persahabatan

Kasih sayang

Ketabahan

Pengorbanan

dan perjuangan


Amerika

Di sini ku mencari siapa aku

Di sini ku mengenal nikmat dunia

Jika iman serapuh kaca

Termasuklah aku orang yang alpa


Amerika

Di sini aku berdiri

Cuba menyusuri jalan berduri

Walau ujian hebat melanda

Kini aku makin tabah menghadapinya


Amerika

Terima kasih kerana memberi aku ruang untuk bernafas

membenarkan aku berbicara

mempertahankan hak dan agama

mendekatkan aku dengan Sang Pencipta



0 comments: