BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, February 4, 2012

Blessings

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Ummi ada satu soalan je hari ni. Setiap hari kita bangun pagi, pernah tak kita bersyukur pada Allah yang kita ni masih hidup? Pernah tak terfikir kenapa Allah benarkan kita hidup hari ni?

Syukurlah kita masih hidup hari ni. Masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Kalau semalam kita bangun lambat subuh, hari ni kita bangunlah awal. Kalau semalam kita sakitkan hati orang, hari ni kita mintalah maaf dan gembirakan mereka. Kalau semalam tak baca Al-Quran, hari ni bacalah dengan tafsir sekali. Kalau semalam tertidur lepas bergayut dengan entah sapa-sapa, hari ni tertidurlah lepas mengaji.

Tak ramai orang dapat peluang ni sebenarnya. Sebab, ada orang yang hidup terus dalam kemaksiatan, tak pernah terfikir untuk berubah. Hidayah kan milik Allah. Selagi masih bernyawa, kutiplah amalan yang boleh dibawa ke akhirat. Jangan kumpul dosa sudah.




Kita ni manusia, selalunya bersyukur pada nikmat yang kita fikir besar untuk kita, contohnya dapat 10A SPM ke, dapat fly oversea ke, menang kereta ke..Tapi kita selalu tak nampak nikmat yang Allah bagi kita hari-hari yang sebenarnya lebih besar. Allah bagi kita sihat, cantik, bagi rezeki untuk makan hari-hari, mudahkan urusan belajar, hidup selesa, dapat kawan-kawan yang baik dan sebagainya.

Cakap soal rezeki ni tadi Ummi masak ni. Nak buat kerabu tapi sini takde sayur best, masak apa yang ada je..isk iskkk..nih kalau anak2 Ummi tak nak makan sayur hari-hari Ummi masak ni.. mahu?

Dekat kelas infant and children development Ummi belajar yang baby akan prefer makan apa yang ibu die selalu makan waktu pregnant. Nampaknya Ummi pun kena belajar makan sayur. haihhh.



Ummi tak de la pandai masak,tapi Ummi tahu satu ramuan yang kalau ada ni confirm sedap masakan tu..ce teka apa...

Hmm lastly, amalkanlah membaca Surah Yassin, Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk dan ayat seribu dinar hari-hari. Bila dah buat seminggu mesti dah susah nak tinggal punya.. =)


That's all..Luv ya....




*teringin suap anak makan =(

6 comments:

Anonymous said...

Ramuan zikir ke Umi? :)

Tadi pergi Tesco. Lalu kat bahagian pakaian budak-budak. Adik cakap, teringin nak beli baju kat anak sendiri. Baru lepas SPM tu. Haih.

Iylia said...

Ramuan ni before zikir. Dari sebelum masak sampai habis masak kena ada benda ni. =)

Biasalah tu perempuan. Ada naluri keibuan. Sejak amik kelas kanak2 ni, semakin rasa teringin. Haih....

Anonymous said...

Wudhu'? Tutup kepala? Clue lain?

Masa posting Paediatrics last year, tiap hari kena pergi ward amek case. Memang takde nak tension langsung beberapa bulan tu sebab deal dengan kanak-kanak. Heheh.

Iylia said...

clue lain, slalu ibu2 and tukang masak ada sifat ni. Kesannya, anak2 selalu rasa masakan ibu masing2 yg terbaik.

Ish3 akak ni. dah kena kawin ni =p

Bijen M. said...

Tu kepok bawang.
Bukang kepok ikang.

Iylia said...

Ni la yang dinamakan surviving skills.
Makan apa yang ada.
Sini mana ada kopok ikan.
Lain la macam "sesetengah" orang tu, hari-hari boleh makan, tak nak kasi orang lain pulak tu. =(